Sunday, October 29, 2017

Potret Wanita Dari 60 Buah Negara Yang Boleh Mengubah Persepsi Kita Tentang Kecantikan


I Photographed Women In 60 Countries To Change The Way We See Beauty

Seorang jurugambar dari Romania yang bernama Mihaela Noroc telah meluangkan masa selama 4 tahun mengelilingi dunia bersama kamera beliau untuk merakamkan potret wanita-wanita yang ditemuinya dan mencatatkan kisah hidup mereka. Projek ini dikenali sebagai 'The Atlas of Beauty'.
Matlamat Mihaela adalah mempamerkan bahawa setiap wanita itu adalah seperti sebutir bintang yang bersinar, kerana kecantikan itu adalah pelbagai, dan bukan semata-mata seperti yang digambarkan di dalam media massa.
Bagi Mihaela, kecantikan yang sebenar seseorang wanita itu tidak terletak pada umur, warna kulit atau trend tertentu. Wanita yang cantik boleh dijumpai di Afrika atau Eropah, di kampung atau bandaraya, di dalam senyuman, di dalam pergerakan tubuh, di dalam kegigihan, di dalam kedutan kulit atau di dalam kisah hidup mereka. Kita boleh menemui kecantikan di dalam diri setiap insan yang penyayang.
Kini buku The Atlas of Beauty telah menjadi sebuah buku yang hebat di mana di dalamnya terkandung 500 potret dan kisah-kisah menarik tentang para wanita yang cantik. Pada saat wujudnya kebencian dan ketiadaan tolenransi, Mihaela ingin menyamoaikan mesej tentang cinta dan penerimaan. Mihaela berharap buku ini bakal berada di dalam rumah-rumah di seluruh dunia, meyakinkan lebih ramai orang bahawa kepelbagaian manusia itu adalah satu anugerah dan bukannya pencetus konflik dan kebencian. Kita semua mungkin berbeza tetapi pada masa yang sama kita juga adalah sebahagian daripada keluarga yang sama.


#1 Kathmandu, Nepal
Kathmandu, Nepal
Ketika ditemui, Sona sedang merayakan Holi iaitu adalah salah perayaan masyarakat beragama Hindu di India, Nepal dan Bangladesh.



#2 Ethiopia

Ethiopia

Beliau adalah seorang Muslim dan mempunyai sahabat baik yang menganut Kristian. Sewaktu kunjungan beliau ke Ethopia, Mihaela tertarik melihat hubungan baik di antara penganut Islam dan penganut Kristian. Beliau telah melihat keindahan sebuah persahabatan yang tanpa dibatasi oleh anutan keagamaan.


#3 Baku, Azerbaijan


Baku, Azerbaijan

Suasana telah berubah di dalam sebuah masyarakat yang dahulunya didominasi oleh kaum lelaki, di mana ramai wanita takut untuk bergambar tanpa keizinan suami mereka. Kini semakin ramai wanita Azerbaijan yang memperjuangkan hak kesamaan di antara jantina. Walaupun kini jumlah pejuang wanita ini masih kecil jumlahnya, tidak mustahil selepas ini jumlah mereka akan bertambah. Fridan adalah salah seorang daripada kumpulan wanita hebat ini. Beliau tidak akan mencari pasangan yang tidak tahu menghormati dirinya dan memberi layanan sewajarnya.


#4 Tehran, Iran


Tehran, Iran

Mahsa adalah seorang Pereka Grafik yang sangat berbangga dengan kedudukan kewangan beliau yang kukuh pada usia 18 tahun.

#5 Hutan Hujan Amazon

Amazon Rainforest

Wanita cantik ini memperagakan busana perkahwinan beliau.


#6 Wakhan Corridor, Afghanistan

Wakhan Corridor, Afghanistan

Gadis cantik ini bekerja di sawah padi yang terletak di sebuah kawasan paling pedalaman di dunia.


#7 Kathmandu, Nepal

Kathmandu, Nepal

Wanita ini sedang berjalan bersama anak lelakinya ketika didekati oleh Mihaela. Beliau tidak boleh berbahasa Inggeris, namun anaknya boleh. Apabila Mihaela menyatakan hasrat untuk merakam potret ibunya, budak lelaki itu bertanya, kenapa. "Kerana ibumu cantik" jawab Mihaela. Budak itu tersenyum bangga dan sambil memandang wajah ibunya, dia berkata "Memang cantik pun".

#8 Pokhara, Nepal

Pokhara, Nepal

Pada hari Ahad itu dalam tahun 2015 dan sama seperti hujung-hujung minggu yang lain, ramai orang dari Pokhara, Nepal meluangkan masa menikmati pemandangan di Tasik Phewa yang sungguh indah.

#9 Chichicastenango, Guatemala

Chichicastenango, Guatemala

Wanita cantik bernama Maria ini adalah seorang penjual sayur di sebuah perkampungan kecil.

#10 Kem Pelarian Idomeni, Greece

Idomeni Refugee Camp, Greece

Wanita cantik dan dua anak gadisnya ini lari menyelamatkan diri mereka dari perang di Syria.

Sumber diperolehi oleh Kak Nurul dari laman web Bored Panda

No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

 https://cl.accesstrade.co.id/0004bx001mn3