Vitamin C selalu dikaitkan dengan kecantikan. Nak kulit cantik kena ambil vitamin C. Selain untuk kulit cantik ada lagi kebaikan Vitamin C yang perlu kita ketahui. Lets check out 😁
1) Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapatkan gigi dan gusi yang sihat.
2) Dapat melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
3) Dapat melindungi daripada jangkitan selesema, serta meningkatkan imuniti.
4) Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
5) Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
6) Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala alergi.
7) Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
8) Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
9) Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
10) Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
11) Merawat jangkitan saluran kencing.
12) Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Kesimpulannya di sini selain dapat kulit yang cantik ia juga dapat memberi manafaat lain kepada tubuh badan kita. Jom amalkan Vitamin C untuk hidup yang lebih sihat.
No comments:
Post a Comment