PENAT
Itu tanda badan kita tak cukup Asid Amino. Badan yang kurang asid amino akan jadi kurang bertenaga, otot tidak kuat dan tulang sedikit rapuh
Friend komen di facebook tanya asid amino tu protein ke. Jom saya cerita sikit untuk tambahkan ilmu kita.
Asid amino sebenarnya adalah zat-zat kecil yang ada dalam protein. Tapi tak semestinya asid amino berada dalam protein dia juga boleh hidup sendiri. Penerangan saya nanti adalah berdasarkan pemahaman saya sahaja. Jika ada sebarang komen atau penambahbaikkan boleh tulis di komen yer kawan-kawan.
#1- Protein
Protein adalah kelas makanan selain dari karbohidrat dan lemak. Protein dipercayai jika di ambil time ‘diet’ sangat membantu untuk mengekalkan otot dan mempercepatkan proses bakar lemak.
Protein merupakan suatu pengelasan terhadap sekumpulan zat yang terikat membentuk rantaian yang panjang, dan zat-zat ini dikenali sebagai asid amino. Untuk memudahkan anda faham, bayangkan setandan anggur itu seperti molekul protein, maka sebutir anggur itu adalah asid amino. Setandan anggur tidak akan wujud jika tiadanya butir-butir anggur ini. Sama juga kesnya dengan protein, protein tidak akan wujud jika tiadanya asid-asid amino yang membentuknya.
#2 – Fungsi protein
Sebut protein mesti kita ingat otot.Sebenarnya, terdapat berbagai jenis protein dalam badan manusia dan setiapnya mempunyai fungsi yang berbeza.
Secara asasnya juga fungsi protein ditentukan oleh jenis strukturnya, dikenali dengan istilah ‘conformation‘. Protein mampu membentuk empat jenis struktur yang berlainan iaitu struktur primer (terdiri dari beberapa susunan asid amino), struktur sekunder, struktur tertier dan struktur quarter (protein kompleks).
- Protein adalah bahan binaan terpenting untuk sistem biologi yang kompleks seperti manusia.
- Asid amino adalah unit asas (monomer) bagi protein (polymer).
- Susunan asid amino dan rupa strukturnya yang berlainan akan menentukan fungsinya sama ada sebagai enzim, hormon, collagen (kulit) dan sebagainya.
- Selain protein, lemak dan karbohidrat juga adalah polymer.
#3 – Dari mana protein diperolehi?
Menerusi sistem pencernaan, makanan atau polymer tersebut akan dipecahkan kepada bentuk yang lebih ringkas (monomer) di dalam perut agar mudah diserap dan dibawa ke serata badan, sebelum digunakan dalam membina tubuh badan kita.
Untuk pengetahuan anda, badan sebenarnya tidak pernah kisah pun nama makanan yang anda ambil. Apa yang badan nak dari makanan-makanan anda cumalah zat yang bernama monosaccharide (gula paling ringkas seperti glukosa dan fruktosa), asid amino dan asid lemak. Juga sudah pasti nutrien-nutrien ringkas lain seperti vitamin dan mineral.
Anda makanlah apa-apa pun, akhirnya makanan-makanan tersebut akan dipecahkan (menerusi tindak balas enzim dan asid gastrik) dan badan akan perolehi zat-zat kecil ini dengan jayanya.
Dalam kes protein, jika anda makan ayam, at the end of the day, protein yang terkandung dalamnya akan hancur menjadi sebilangan asid amino yang berbagai jenis lalu mereka diserap. Anda makan telur, proses yang sama juga berlaku. Anda minum whey, proses yang sama juga berlaku. Anda makan soya, proses yang sama juga berlaku. Yang membezakannya cuma adalah jenis dan komposisi asid amino tersebut.
#4 – Asid amino
Sehingga point ini, anda pasti tahu dan sudah faham bahawa Asid amino adalah unit asas protein. Namun bukan semua asid amino yang wujud dalam dunia ini adalah unit asas protein – maksudnya ada juga asid amino yang boleh hidup sendirian tanpa perlu membentuk polymer. Asid amino ini dikenali sebagai non-proteinogenic dan bilangan mereka sehingga hari ini masih tidak diketahui (maksudnya, memang banyak tak terkira). Contoh asid amino non-proteinogenic yang diketahui adalah GABA, carnitine dan creatine.
Faham ke tak faham, sangat complicatedkan. Cuma saya nak bagitau di sini bahawa asid amino adalah sub protein 😊. Nak dapatkan banyak asid amino kena cukup ambil protein.
No comments:
Post a Comment