Assalamualaikum,
Pagi Isnin yang indah, semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian harini. Mesti ada harini ini ibu yang dah habis cuti bersalin. Rasa sekejap saja, dah kena masuk kerja. Perasaan nak tinggal anak kat pengasuh bercampur baur. Sedih, kesian, tak sampai hati. Macam tu la perasaan kaum ibu cuma tawakal sahaja kepada Allah semoga Allah sentiasa pelihara baby kita.
Untuk ibu yang bekerja dah siap ke semua persiapan untuk memerah di ofis 😊. Kawan kak nurul pernah kata agak costly kan nak beli barang-barrang untuk perah susu, simpan. Kak nurul kata kalau nak dibandingkan dengan kita nak kena beli susu formula sebulan-sebulan tu rasa lebih kurang sama kosnya. Cuma peralatan untuk mengepam ni kita akan beli sekali dan boleh tahan. Dibawah kak nurul senaraikan antara peralatan yang perlu ada terutama pada ibu muda yang first time nak mengepam selepas naik bekerja.
1) Pam Susu.
Kalau kita tengok di pasaran sekarang ada bermacam jenis pam susu. ada yang manual, guna bateri, guna plug dan ada yang free style. Itu terpulang kepada anda jenis pam yang macam mana nak beli. Kalau yang manual memang agak murah tapi rasa kurang praktikal sebab agak lambat dan tangan kita akan lenguh. Range harga pam susu adalah dari RM80 hingga RM2000. Dibawah adalah contoh pam susu yang kak nurul guna untuk anak ketiga. Pam ini dipinjamkan oleh kawan kak nurul dan pakai sehingga anak 2 tahun. Masuk anak keempat kak nurul beli sendiri. Pam ini jenama Spectra dan agak berat. Harga RM300.
2) Botol Susu
Untuk botol susu antara jenama yang kak nurul gunakan ialah Autumnz dan Bummble Bee. Harga RM35 untuk 10 biji semasa kak nurul beli tu.
3) Plastik Susu
Jika dah kehabisan stok botol susu, susu kita kan meriah, kita boleh beli plastik untuk simpan susu. Plastik ini lebih jimat ruang berbanding botol susu. Tapi jangan pula bagi plastik ini pada rumah pengasuh susah untuk pengasuh nak handle untuk bagi baby kita minum. Next entry kak nurul akan terangkan cara nak bagi susu di rumah pengasuh.
4) Cooler Beg
Semestinya cooler beg penting untuk kita simpan susu sepanjang hari bekerja, Ini untuk memastikan susu kita tidak basi. Sayang tau bila penat memerah last-last basi. Banyak di pasaran sekarang cooler bang yang cantik-cantik dan kadang orang tak perasan pun yang kita kendong tu beg susu. Anda jugak boleh beli beg yang agak besar untuk muatkan pam susu. Jadi tak perlu bawak sampai 2 beg. Ini contoh cooler beg kak nurul. Beg comel ini hanya boleh muatkan 6 botol susu sahaja dalam satu masa. sekarang ini beg ni kak nurul dah bagi pada adik kelima kak nurul. Jimatkan boleh pakai turun-temurun.
5) Ais pack
Ais pack jangan lupa beli tau. Ais ni nak kena masukkan dalam cooler beg. Selagi ais pack ni tak pecah ia boleh guna. Malam lepas balik kerja kita masukkan ais pack ni dalam peti ais, esok pagi kita masukkan dalam cooler beg kita.
6) Jadual Memerah Susu Di Pejabat
Untuk ibu baru mungkin jadual ini boleh membantu supaya kita dapat menghasilkan susu walaupun anak tidak hisap. Penting kena ingat supply dan demand. If kita tak perah signal tak akan bagitau susu kita kosong dan tiada susu baru dihasilkan. Keraplah mengepam supaya susu kita akan berhenti. Kalau susu dah kurang kita perlu buat Power Pumping. next entri yer kak nurul akan share tentang Power Pumping.
Nasihat kak nurul kepada ibu muda sebolehnya tanamkan lah niat untuk menyusukan anak sehingga 6 bulan sekuran-kurang dan jika boleh sehingga 2 tahun. Semoga susu kita menjadi pengikat kasih sayang antara kita dan anak kita.
Happy Pumping 😍😍😍
No comments:
Post a Comment