Monday, October 9, 2017

Apa itu Takaful ?


Apa itu Takaful ?




Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari kita mendengar perkataan takaful… samada dari tv, radio, media sosial atau dari individu-individu yang mewakili syarikat takaful masing-masing.

Ada di antara kita yang sudah faham tentang apa itu takaful, namun ada juga yang masih kurang pemahamannya.

Di sini Kak Nurul ingin mengambil sedikit kesempatan untuk menerangkan serba-sedikit tentang apa itu takaful… khas untuk anda yang berminat untuk mengetahui tentangnya.

Takaful adalah perkataan Arab yang bermaksud pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Bagi memudahkan pemahaman kita semua,
takaful bolehlah difahami sebagai insurans yang berlandaskan hukum syariah.

Namun begitu, takaful adalah sangat jauh berbeza dengan insurans konvensional kerana takaful yang berlandaskan syariah ini adalah bebas daripada unsur riba, judi dan unsur ketidakpastian.

Jika ingin mendapatkan perlindungan takaful, ada 2 perkara asas yang harus kita tahu iaitu perlindungan asas (basic cover) dan juga riders.

Perlindungan Asas

Perlindungan asas adalah jaminan sejumlah wang (manfaat) yang akan diperolehi oleh peserta takaful apabila ditakdirkan berlakunya musibah lumpuh, keilatan kekal atau kematian.
Inilah tujun utama kita mengambil perlindungan takaful … iaitu apabila ditakdirkan berlakunya musibah yang mungkin menyebabkan kita kehilangan pekerjaan atau keupayaan untuk untuk mencari rezeki, maka kita akan memperoleh sejumlah bantuan (daripada tabungan tabarru’) untuk meringankan beban yang kita tanggung tersebut. Jumlah perlindungan yang diperolehi ini adalah bergantung kepada perjanjian berdasarkan bayaran bulanan kita.
Selain itu, melalui kosep Al-Mudharabah, peserta takaful akan memperolehi sejumlah keuntungan hasil daripada pelaburan yang dibuat syaikat takaful yang telah diamanahkan untuk berbuat demikian.


Riders
Rider adalah manfaat perlindungan tambahan ke atas perlindungan asas. Kebiasaanya Rider tidak boleh wujud secara bersendirian. Rider hanya boleh diambil bersama perlindungan asas.
Secara kiasannya, perlindungan asas takaful adalah seperti sebuah kereta manakala rider adalah seperti ABS atau air-bag yang ditambah untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pemandu kereta berkenaan, namun begitu ia bukan kemestian dan bukan prasyarat untuk kereta tersebut berfungsi dengan baik, dan ia juga tidak boleh berfungsi secara sendirian tanpa adanya kereta.

Antara rider-rider yang popular adalah ;

Rider Medical Card ( Manfaat Hospital)
Memberi perlindungan ke atas perbelanjaan disebabkan oleh kemasukan ke hospital, pembedahan, atau rawatan perubatan pesakit luar.

Rider Payor Secure (Manfaat Pembayar)
Memberi perlindungan ke atas pembayar. Sekiranya anda adalah pembayar kepada anak anda contohnya, sekiranya musibah ke atas anda, maka anda akan dikecualikan daripada meneruskan sumbangan takaful anda yang dibuat setiap bulan.

Rider Manfaat Hospital – 
Melalui rider ini, anda akan mendapat elaun harian apabila dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan.


Sebenarnya ada banyak lagi Rider, bergantung kepada syarikat takaful pilihan anda.

No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

 https://cl.accesstrade.co.id/0004bx001mn3