Wednesday, October 24, 2018

Masak Lemak Udang


Masak Lemak Cili Api memang menjadi kegemaran Kak Nurul sehinggakan ibu Kak Nurul selalu menghidangkan masakan ini apabila menyambut kepulangan anaknya ke kampung. Husband dan anak-anak Kak Nurul dahulunya tidak menyukai masakan ini, namun kini menjadi penggemar setia pula nampaknya. 😀.

Mari Kak Nurul nak kongsikan resepi Masak Lemak Cili Padi Udang

Bahan tumbuk:

10 ulas bawang 
5 ulas bawang putih
Segenggam cili padi
2 inci kunyit hidup
Belacan - opsyenal






Bahan lain:

600 gm udang - buang sedikit muncung tajam di kepalanya tu
1 tangkai cili merah - hiris halus
1 helai daun kunyit ( optional je - tak nak letak pun tak per)
Secawan santan
Garam secukup rasa


Cara memasak :
1. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau seketika.
3. Masukkan santan dan masak sehingga santan mendidih.
4. Masukkan cili merah
Taraaa dah siap. jemput makan😊



untuk lihat video cara masak boleh tekan link ini






Untuk dapatkan Set Diva Shaklee boleh wasap
 Kak Nurul 013-4453546

Fb: Nurul Azfa Azizan

Monday, October 22, 2018

Tips Penjagaan Luka Lepas Bersalin

Banyak kes yang Kak Nurul dengar luka bersalin tak sembuh dan sampai bernanah. Allahuakhbar ngeri dengar. Kepada ibu ibu yang berpantang jangan ambil mudah tentang penjagaan luka ni tau. Jom kaknurul nak share tips penjagaan luka untuk panduan ibu terutama first timer jadi ibu.

TIPS PENJAGAAN LUKA JAHITAN BERSALIN CEPAT SEMBUH DAN ELAK LUKA TERBUKA SEMULA

1) Pastikan tempat luka kering
Selepas mandi pastikan bahagian luka di lap dengan kering menggunakan tuala atau tisu bersih. Ini supaya kawasan tidak berair. Lap lah dengan teliti supaya kawasan luka cepat sembuh dan bercantum semula.

2) Berjalan dengan baik
Jaga postur badan semasa berjalan. Jangan jalan laju sangat. Kalau boleh kena kurangkan pergerakan. Tapi jangan tak berjalan langsung takut perjalanan darah tidak lancar. Berjalan secara slow and steady.

3) Tukar pad secara kerap 2-4 jam sekali.
Selalu pastikan pad di tukar jika darah terlalu heavy turun. Ini supaya dapat elakkan sebarang jangkitan kuman yang akan membahayakan kesan luka.

4) Sitz Batch
Cara ini dapat cepatkan luka sembuh. Caranya dengan masukkan garam dalam air suam dalam besen dan rendamkan punggung.

5) Elakkan Sembelit
Kadang ibu yang baru lepas bersalin buka tak nak berak tapi takut untuk berak. Tahan berak yang lama akan terjadinya sembelit. Untuk bantu kurangkan sembelit ibu berpantang boleh mengambil Ostematrix yang mempunyai kalsium. Kalsium ini dapat melembutkan najis. Kalai boleh dalam beg nak bawka pergi hospital tu letak siap siap Ostematrix.

Friday, October 19, 2018

Tips Kecilkan Liang Pori


Salah satu masalah kulit yang kak Nurul hadap dari zaman purba kala dulu memang masalah liang pori besaq.
Dah 4 hari kak Nurul guna tips DIY untuk kecikkan liang pori. Caranya mudah sahaja guna tomato dan lemon. 

Sagat tomato 🍅 (suku biji ja) pastu perah satu hirisan lemon 🍋
Tempek di muka dan oles lebih sikit di  area liang pori besar kat hidung, pipi dan dagu
Biar kejap sampai kering.
Bilas dan cuci muka.

Serum jangan lupa tau. Kalau rajin pakai moisturiser sekali. 

Amalan Di Hari Jumaat


Assalamualaikum 
Selamat pagi Jumaat yang barokah

Hari Jumaat dikenali sebagai penghulu segala hari dan antara hari yang mustajab untuk berdoa. Antara amalan yang boleh  kita lakukan di hari  Jumaat ialah :

1) Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 
2) Membaca surah Al Kahfi
3) Mandi, memakai wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik
4) Pergi ke masjid lebih awal bagi kaum Adam
5) Memperbanyakkan sedekah
6) Perbanyakkan doa
7) Memotong kuku, menipiskan misai, dan mencukur ari ari


Antara surah yang dianjurkan untuk baca pada hari Jumaat ialah :


  • Surah Al An'am
  • Surah Al Kahfi
  • Surah Toha
  • Surah Yaasin
  • Surah Ad Dukhan
  • Surah As Sajadah
  • Surah Al Mulk
  • Surah Al Insan

Semoga Allah permudahkan urusan kita harini. Selamat berkerja semua .


Fb: Nurul Azfa Azizan
Instagram : myvitamin.azfa


Thursday, October 18, 2018

Resepi Donut Tak Payah Uli


Assalamualaikum

Pagi ni Kak Nurul nak share resepi donut yang kak Nurul buat. Resepi ni memang mudah sebab tak payah uli tapi lembut sampai pagi. Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut. Terutamanya bagi yang first timer, kadang-kadang ada yang menyerap banyak minyak, mengecut selepas digoreng, dan mungkin problem yang paling selalu berlaku ialah donut menjadi keras selepas ianya sejuk.

Setelah percubaan demi percubaan, inilah resepi donut yang berjaya dihasilkan oleh Kak Nurul. Katanya, resepi ini menghasilkan teksturnya donut yang sangat lembut ‘seperti pipi baby yang bam bam’. Walaupun digoreng waktu petang, malamnya pun masih lembut dan boleh dimakan keesokan paginya.
Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allah bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi.
Jom kita tengok resepi ini selengkapnya.


RESEPI DONUT TANPA ULI, TAPI LEMBUT SAMPAI KE PAGI
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN
1 paket yis
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam



CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah

Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.



Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.




2. Satukan Bahan Kering

Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.




Ramas hingga sebati.




3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah

Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.

Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Kak Nurul tutup dengan kain.



4. Tunggu 1 Jam

Biarkan adunan tadi selama 1 jam.

Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.




5. Bentukkan Donut

Terapkan comel-comel. Acuan Kak Nurul ntah hilang mana, jadi terpaksalah menggunakan jari-jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.






6. Gorengkan

Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.

Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?




7. Salut Gula

Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.
Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.

SELAMAT MENCUBA

OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan?

Cuba tau, jangan tak cuba!

Jom follow saya

Facebook : Nurul Azfa Azizan
Instagram : myvitamin.azfa

Monday, October 8, 2018

Tudung Labuh Wanita Profesional

Assalamualaikum

Lama dah rasa stop menulis. Mai kakNurul nak cerita sikit tentang tudung Heejab Scarf. Wahhh bila dah bertemu dengan Heejab Scarf ni rasa hati tak mau tengok tudung lain dah. Suka sangat pakai semua koleksi dari Heejab Scarf. Antara tudung yang ada seperti Raudhah, Nadhirah, Farhanah, Mardhiah dan Hanisah. Selain pakai kakNurul adalah dealer sah HS. Siapa nak dapatkan koleksi tudung cantik cantik ni boleh wasap kakNurul. Siapa nak joint buat duit kepuk kepuk mai wasap kaknurul. kaknurul opea for dropship juga. jom Kita belajar sama sama. 😍



                                                                Bawal Safieyah



Tudung Tak Payah Gosok Hanisah



Tudung Instant 2 Muka Farhanah



Tudung Instant 2 Muka Raudhah



Tudung Instant 2 Muka Nadhirah



Produk Shaklee

 https://cl.accesstrade.co.id/0004bx001mn3