Friday, October 20, 2017

Adab Melawat Ibu Yang Baru Bersalin


Assalamualaikum dunia. Nama saya Nur Khaira Imani Binti Khairudin. Masa ini saya baru 2 hari dan masih di hospital. Masa kat hospital ramai datang melawat saya dan banyak juga hadiah yang auntie dan uncle bawa terima kasih semua.

Orang pompuan bila dengar kawan atau saudara mara bersalin la mesti laju nak pergi tengokkan. Alhamdulillah niat dan amalan yang baik. Tapi dalam masa yang sama kita perlu jaga adab dan etika. Maklumlah ibu yang baru bersalin selalunya masih trauma sakit dan masih belum sihat sepenuhnya. Jangan sampai ada orang kata kita tak pandai nak beradab pulak. jom kak nurul share sikit adab untuk melawat orang baru bersalin.


Pilihlah masa yang sesuai

Elakkan dari datang terlalu awal pagi atau pada waktu malam. Tidak sesuai juga datang  pada waktu maghrib.

Maklumkan kedatangan kita 2 hari terlebih awal

Jangan datang secara mengejut. Sila telefon dulu dan mendapat persetujuan. kadang-kadang kita kena jaga penampilan almaklumlah nak terima tetamu.


Pastikan kesihatan kita baik

Jika kita tidak sihat elakkan untuk pergi menziarah. Dikhuatiri virus kita akan mudah berjangkit kepada bayi kerana sistem badan bayi tidak kuat lagi.

Minta izin untuk dukung bayi
Dek kerana terlalu excited sehingga terlupa nak minta izin dukung bayi. Mungkin bayi sedang tidur atau baru lepas meragam dikhuatiri akan mengganggu bayi. Jadi jangan memandai dukung tanpa kebenaran yer.

Bawalah buah tangan

Adat orang melayu tak kan datang dengan tangan kosong. Anda boleh bawa buah kepada si ibu atau hamper kepada si anak. Kan manis macam tu.

Elakkan bercakap perkara sensitif

Contoh kenapa anak awak suka nangis ya anak saya dulu senang ja. bahaya tu ia akan menganggu emosi si ibu. Cakap yang baik-baik jer tau.

Jangan kerap cium bayi

Kita tak tahu tahap kebersihan mulut kita dan sekitar muka kita. Dikhuatiri akan mengganggu rongga bayi. Tunggu besar sikit auntie gomoi la yer.

Jangan nak memandai-mandai

Cara kita dan orang lain dalam pantang berbeza. Jangan memandai-mandai cakap yang ini tak boleh yang itu tak boleh. Contoh ibu moden yang berpantang sekarang ni tidur dalam aircond. Jangan bandingkan cara berpantang tradisional dengan moden. Awas kau hehehhe.

Elakkan melawat terlalu lama

No no no duduk lama-lama rumah orang berpantang. Selalunya ibu berpantang perlu berehat dan tidur di siang hari sebab baby selalu meragam di malam hari. jadi kita sebagai pelawat hanya perlu cakap benda perlu dan tak perlu minta dihidangkan air.

Okey gaiss itu sahaja perkongsian saya petang ini. 


Happy weekend.


No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

 https://cl.accesstrade.co.id/0004bx001mn3