Mungkin ramai yang pernah mendengar dan sudah pasti ramai juga yang tidak pernah mendengar nama kampung yang unik ini iaitu Kampung Segantang Garam. Kak Nurul sendiri tidak pernah mendengar nama kampung ini sehinggalah Kak Nurul bertemu jodoh dengan suami Kak Nurul, yang tinggal di kampung ini.
Kampung Segantang Garam terletak di dalam kawasan Lembah Bujang, lebih kurang 21 kilometer dari Bandar Sungai Petani, Kedah.
Kawasan Lembah Bujang sememangnya sudah terkenal sebagai kawasan peninggalan sejarah. Terdapat banyak tapak tinggalan chandi dan artifak sejarah yang telah ditemui oleh Ahli Arkeologi dan para pengkaji sejarah di Lembah Bujang.
Untuk pengetahuan semua,
selain daripada tapak peninggalan sejarah di kawasan Lembah Bujang ini, Kampung Segantang Garam juga kini terkenal sebagai pusat percutian Agro-pelancongan. Di kampung ini orang ramai boleh bersantai di unit-unit chalet yang terapung-apung di persisiran Sungai Merbok yang merentasi kampung ini.
Kompleks Chalet Terapung ini dimiliki dan diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok.
Selain dari unit chalet untuk penginapan dan aktiviti BBQ dan memancing, di sini juga disediakan Dewan Mesyuarat, surau, restoran dan juga pakej perkhidmatan Pelancongan Darat & Air.
Lokasi Segantang Garam yang agak terpencil ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin bersantai dengan penuh kedamaian sambil melarikan diri dari hiruk-pikuk dan kesibukan di bandar.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini dan melakukan aktiviti menarik seperti menyusuri Sungai Merbok dan menikmati keindahan hutan paya Bakau, memancing di pulau-pulau berhampiran dan mengikuti lawatan ke kawasan pelancongan menarik yang berdekatan seperti Muzium Arkeologi di Bukit Batu Pahat, Merbok, menaiki bot ke Tanjung Dawai, Pantai Merdeka dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment