Bagaimana keadaan ibu bila letih balik kerja anak buat perangai. Mula lah naik hantu, badan bertukar jadi hijau. Meh Kak Nurul nak share tips nak jadi ibu yang penyabar.
1) Rendahkan
suara anda:
Ramai ibu yang mudah menjerit
pada anak jika sesuatu yang mereka buat tidak betul atau tidak mendengar kata. Sebolehnya kita tidak
menjerit kerana ia akan menyebabkan anak malu dengan adik beradik yang lain.
Ibu tidak perlulah memukul anak kerana tindakan ini tidak akan menyelesaikan
masalah. Hubungan yang sihat perlu diwujudkan dengan ibu dan anak akan belajar
melalui ibu yang penyabar ini.
2) Luangkan masa:
Kesabaran seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ibu perlu untuk meluangkan masa untuk memahami mengapa anak anda bertindak seperti sedemikian dan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu. Adakalanya anak ingin tarik perhatian dari kita. Kesibukan ibu bekerjaya sekarang juga menjadi faktor ana-anak selalu membuat perkara yang akan membuatkan kita marah.
Kesabaran seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ibu perlu untuk meluangkan masa untuk memahami mengapa anak anda bertindak seperti sedemikian dan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu. Adakalanya anak ingin tarik perhatian dari kita. Kesibukan ibu bekerjaya sekarang juga menjadi faktor ana-anak selalu membuat perkara yang akan membuatkan kita marah.
3) Cuba memahami anak anda:
Ibu akan jadi tidak sabar jika ibu tidak memahami
anak kita. Anak akan berkelakuan pelik seperti menangis, jatuhkan air, bergaduh
dengan adik beradik yang lain. Apa yang anak tahu ibu akan sayang mereka
walaupun apa yang mereka buat. Kadang-kala mereraka tidak tahu apa yang boleh
apa yang tidak boleh. Sebagai ibu kita perlu ajar mereka supaya mereka tidak
akan ulangi perkara ini yang akan membuatkan kita hilang sabra dengan mereka.
4) Latih
diri supaya lebih sabar:
Setahap
mana pun hilang kesabaran kita dengan anak-anak tolong latih diri supaya jai
ibu yang lebih sabar.Ibu boleh tulis apa yang perlu buat bila hilang sabar
dengan anak-anak. Latihan untuk bersabar ini memerlukan masa. Jadikan amalan
untukmengira satu hingga sepuluh untuk meredakan kemarahan kita, ambil masa,
rendahkan suara dan berfikir sebelum bertindak seperti memukul anak.
5) Benarkan
anak untuk selesaikan tugasan:
Jika
ketika anda marah biarkan anak. Jangan terus memukul anak. Selepas kita tenang
panggil anak dan bagitau apa kesalahan anak sebentar tadi.
6) Tarik
nafas:
Tarik nafas dalam-dalam sehingga
dalam kiraan 20. Dengan menarik nafas ini akan membuatkan kita lebih bersabar.
7) Istighfar
:
Ibu kena ingat bila marah syaitan
akan datang. Adakalanya kita akan hilang pertimbangan. Jadi istighfar adalah
ubat Insya Allah, kita akan tenang.
Salam Jumaat semua 😍
No comments:
Post a Comment