Thursday, November 2, 2017

10 Binatang Unik Yang Memang Wujud

Tidak dapat dinafikan yang alam semula jadi penuh dengan keajaiban. Ketika anda rasa anda sudah melihat segala-galanya, tiba-tiba sesuatu yang baru muncul dan menyebabkan anda kembali mengagumi kebesaran alam ciptaan Tuhan.
Di sini disenaraikan 10 jenis haiwan yang kami percaya anda tidak pernah dengar, apatah lagi melihatnya di depan mata.

Chalet Terapung Segantang Garam

Image may contain: outdoor


Mungkin ramai yang pernah mendengar dan sudah pasti ramai juga yang tidak pernah mendengar nama kampung yang unik ini iaitu Kampung Segantang Garam. Kak Nurul sendiri tidak pernah mendengar nama kampung ini sehinggalah Kak Nurul bertemu jodoh dengan suami Kak Nurul, yang tinggal di kampung ini.

Kampung Segantang Garam terletak di dalam kawasan Lembah Bujang, lebih kurang 21 kilometer dari Bandar Sungai Petani, Kedah.

Kawasan Lembah Bujang sememangnya sudah terkenal sebagai kawasan peninggalan sejarah. Terdapat banyak tapak tinggalan chandi dan artifak sejarah yang telah ditemui oleh Ahli Arkeologi dan para pengkaji sejarah di Lembah Bujang.

Untuk pengetahuan semua,

Monday, October 30, 2017

Turnitin




Assalamualaikum apa khabar semua,
Hari ini Kak Nurul nak bercerita tentang Turnitin. Pernah dengar tak perkataan ini. Student Universiti/Kolej mesti fimiliar perkataan ini kan. 
Turnitin merupakan perisian yang digunakan untuk mengesan dan mencegah plagiarism dan sistem yang berasaskan web ini dimiliki oleh turnitin.com.
Turnitin boleh digunakan sebagai medium pembelajaran kerana sistem ini berupaya memberi pengetahuan kepada pelajar bagaimana untuk menggunakan sumber dan memupuk kesedaran tentang kemahiran memparafrasakan dan memetik petikan dari sumber agar dapat mengelakkan berlakunya plagiat.
Untuk pelajar Postgrade di Centre Kak Nurul perlu hantar softcopy sama ada pdf atau word untuk kita semak percentage. Jika similarity kurang dari 23% dari sumber luar barulah pelajar boleh menghantar tesis mereka. Jika lebih dari itu mereka dikehendaki mengurangkan similarity dengan Exclude segala maklumat dari sumber luar.
Nah kaknurul share link untuk rujukan semua cara untuk semak menggunakan perisian ini. 

Selamat mencuba dan tahniah kepada semua yang bergraduan pada tahun ini.

Sunday, October 29, 2017

Potret Wanita Dari 60 Buah Negara Yang Boleh Mengubah Persepsi Kita Tentang Kecantikan


I Photographed Women In 60 Countries To Change The Way We See Beauty

Seorang jurugambar dari Romania yang bernama Mihaela Noroc telah meluangkan masa selama 4 tahun mengelilingi dunia bersama kamera beliau untuk merakamkan potret wanita-wanita yang ditemuinya dan mencatatkan kisah hidup mereka. Projek ini dikenali sebagai 'The Atlas of Beauty'.
Matlamat Mihaela adalah mempamerkan bahawa setiap wanita itu adalah seperti sebutir bintang yang bersinar, kerana kecantikan itu adalah pelbagai, dan bukan semata-mata seperti yang digambarkan di dalam media massa.
Bagi Mihaela, kecantikan yang sebenar seseorang wanita itu tidak terletak pada umur, warna kulit atau trend tertentu. Wanita yang cantik boleh dijumpai di Afrika atau Eropah, di kampung atau bandaraya, di dalam senyuman, di dalam pergerakan tubuh, di dalam kegigihan, di dalam kedutan kulit atau di dalam kisah hidup mereka. Kita boleh menemui kecantikan di dalam diri setiap insan yang penyayang.
Kini buku The Atlas of Beauty telah menjadi sebuah buku yang hebat di mana di dalamnya terkandung 500 potret dan kisah-kisah menarik tentang para wanita yang cantik. Pada saat wujudnya kebencian dan ketiadaan tolenransi, Mihaela ingin menyamoaikan mesej tentang cinta dan penerimaan. Mihaela berharap buku ini bakal berada di dalam rumah-rumah di seluruh dunia, meyakinkan lebih ramai orang bahawa kepelbagaian manusia itu adalah satu anugerah dan bukannya pencetus konflik dan kebencian. Kita semua mungkin berbeza tetapi pada masa yang sama kita juga adalah sebahagian daripada keluarga yang sama.


#1 Kathmandu, Nepal
Kathmandu, Nepal
Ketika ditemui, Sona sedang merayakan Holi iaitu adalah salah perayaan masyarakat beragama Hindu di India, Nepal dan Bangladesh.

Friday, October 20, 2017

Adab Melawat Ibu Yang Baru Bersalin


Assalamualaikum dunia. Nama saya Nur Khaira Imani Binti Khairudin. Masa ini saya baru 2 hari dan masih di hospital. Masa kat hospital ramai datang melawat saya dan banyak juga hadiah yang auntie dan uncle bawa terima kasih semua.

Orang pompuan bila dengar kawan atau saudara mara bersalin la mesti laju nak pergi tengokkan. Alhamdulillah niat dan amalan yang baik. Tapi dalam masa yang sama kita perlu jaga adab dan etika. Maklumlah ibu yang baru bersalin selalunya masih trauma sakit dan masih belum sihat sepenuhnya. Jangan sampai ada orang kata kita tak pandai nak beradab pulak. jom kak nurul share sikit adab untuk melawat orang baru bersalin.


Pilihlah masa yang sesuai

Elakkan dari datang terlalu awal pagi atau pada waktu malam. Tidak sesuai juga datang  pada waktu maghrib.

Maklumkan kedatangan kita 2 hari terlebih awal

Jangan datang secara mengejut. Sila telefon dulu dan mendapat persetujuan. kadang-kadang kita kena jaga penampilan almaklumlah nak terima tetamu.

Sup Ikan Merah

Cuti Deepavali kawan suami pergi ke Sungai Udang. Makanya kami kirimkan la untuk beli ikan. Mak mertua kak nurul ada dirumah sekarang dan kurang sihat. Jadi kak nurul decide untuk buat sup ikan. Jom kak nurul share resepi kat bawah ;

Bahan-bahan
1) Bawang merah
2) bawang putih
3) Halia
4) Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
5) Minyak untuk menumis
6) Ikan

Tuesday, October 17, 2017

Ikan Jenahak Tiga Rasa Simple





Dah ready untuk dinner ke mommy semua. Kak Nurul first time masak ikan Jenahak. Selalu ikan siakap buat masak Tiga Rasa. Malam ni kak nurul nak share Jenahak Tiga Rasa hasil tangkapan suami di Pengkalan Sungai Udang 😍

Sumber: Buku Senangnya Memasak Ikan Bersama Chef Hanieliza.

Bahan A :
2 keping ikan Jenahak
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)
Garam dan Kunyit (untuk menyalut ikan)

Bahan hiris B (Untuk Tumis):
3 ulas bawang merah 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih 
3cm halia

Monday, October 16, 2017

Tema dan Trend Pengantin 2018

Hai bertemu lagi kita.
Pagi tadi adik kak nurul dok wassap katanya tengah cari baju pengantin. Insya Allah jika tidak ada aral beliau akan melangsungkan perkahwinan bulan 2 nanti. Korang ingat tak apa tema masa kahwin korang. Kak Nurul color gold dan sebelah suami color hijau. So bila adik suggest nak ambik color gold terus kak nurul kata dah old color 😍.

Ada ke sahabat kak nurul yang nak kahwin tahun 2018 tahun 2017 kita tengok hanya satu warna digunakan tapi tahun 2018 menunjukkan trend kombinasi warna. Jom kita tengok trend dan color pengantin 2018.


1) Kombinasi color Blush, Gold dan Green.




2) Kombinasi Mint, Grey dan Gold


Friday, October 13, 2017

Kelebihan Vitamin B Complex


Vitamin B kompleks ini terdiri dari : Vitamin B1(thiamine), Vitamin B2(riboflavin), Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5(pantothenic acid/asam pantotenat) , Vitamin B6(pyridoxamine) , Vitamin B9(folic acid/asam folat) , vitamin B12(cyanocob), vitamin B7(biotin) biotin, Kolin dan inositol. Vitamin B Kompleks semuanya diperlukan untuk fungsi hampir semua proses dalam tubuh. Vitamin B bekerja saling berhubungan, antara jenis yang satu dan jenis yang lain. Jadi kekurangan dari salah satu dari vitamin B kompleks dapat menyebabkan ketidakseimbangan, 

Antara Manafaat Vitamin B Complex ialah :

Tips Untuk Jadi IBU Yang Penyabar







Bagaimana keadaan ibu bila letih balik kerja anak buat perangai. Mula lah naik hantu,  badan bertukar jadi hijau. Meh Kak Nurul nak share tips nak jadi ibu yang penyabar.

1) Rendahkan suara anda: 

Ramai ibu yang mudah menjerit pada anak jika sesuatu yang mereka buat tidak betul atau tidak mendengar kata. Sebolehnya kita tidak menjerit kerana ia akan menyebabkan anak malu dengan adik beradik yang lain. Ibu tidak perlulah memukul anak kerana tindakan ini tidak akan menyelesaikan masalah. Hubungan yang sihat perlu diwujudkan dengan ibu dan anak akan belajar melalui ibu yang penyabar ini.

2) Luangkan masa: 
Kesabaran seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ibu perlu untuk meluangkan masa untuk memahami mengapa anak anda bertindak seperti sedemikian dan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu. Adakalanya anak ingin tarik perhatian dari kita. Kesibukan ibu bekerjaya sekarang juga menjadi faktor ana-anak selalu membuat perkara yang akan membuatkan kita marah.

Thursday, October 12, 2017

Alahan Mengandung

Assalamualaikum

Pagi-pagi macam ini saya teringat ibu-ibu yang pregnant. Mesti tengah meloya dan pahit mulutkan. Mulala nak mengunyah benda masam. Pengalaman Pengalaman alahan mengandung seseorang juga berbeza. Ada yang saya dengar ada yang alah dengan matahari. Maksudnya dia tak boleh tengok matahari. Sampai ofis duduk bawah meja. Ada yang tak boleh bau sabun dan yang paling win tak boleh bau suami. Kesian cik suami. Bagi kak nurul empat kali mengandung tak dak la pulak yang alah teruk sampai kena masuk hospital drip air. Paling teruk pun muntah dan berat badan  turun sikit.  Tetapi ini semua adalah pengalaman dan pengorbanan seorang ibu hamil. Memang kena banyak bersabar dan tabah.

Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness. Bagaimanapun ini tidak bermakna alahan hanya datang pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita yang mengalami alahan sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. 

Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini. Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda.

Tuesday, October 10, 2017

PROTEIN DAN ASID AMINO

PENAT 

Itu tanda badan kita tak cukup Asid Amino. Badan yang kurang asid amino akan jadi kurang bertenaga, otot tidak kuat dan tulang sedikit rapuh 



Friend komen di facebook  tanya asid amino tu protein ke. Jom saya cerita sikit untuk tambahkan ilmu kita.

Asid amino sebenarnya adalah zat-zat kecil yang ada dalam protein. Tapi tak semestinya asid amino berada dalam protein dia juga boleh hidup sendiri. Penerangan saya nanti adalah berdasarkan pemahaman saya sahaja. Jika ada sebarang komen atau penambahbaikkan boleh tulis di komen yer kawan-kawan. 

#1- Protein
Protein adalah kelas makanan selain dari karbohidrat dan lemak. Protein dipercayai jika di ambil time ‘diet’ sangat membantu untuk mengekalkan otot dan mempercepatkan proses bakar lemak.
Protein merupakan suatu pengelasan terhadap sekumpulan zat yang terikat membentuk rantaian yang panjang, dan zat-zat ini dikenali sebagai asid amino. Untuk memudahkan anda faham, bayangkan setandan anggur itu seperti molekul protein, maka sebutir anggur itu adalah asid amino. Setandan anggur tidak akan wujud jika tiadanya butir-butir anggur ini. Sama juga kesnya dengan protein, protein tidak akan wujud jika tiadanya asid-asid amino yang membentuknya.
#2 – Fungsi protein
Sebut protein mesti kita ingat otot.Sebenarnya, terdapat berbagai jenis protein dalam badan manusia dan setiapnya mempunyai fungsi yang berbeza.
Secara asasnya juga fungsi protein ditentukan oleh jenis strukturnya, dikenali dengan istilah ‘conformation‘. Protein mampu membentuk empat jenis struktur yang berlainan iaitu struktur primer (terdiri dari beberapa susunan asid amino), struktur sekunder, struktur tertier dan struktur quarter (protein kompleks).
  • Protein adalah bahan binaan terpenting untuk sistem biologi yang kompleks seperti manusia.
  • Asid amino adalah unit asas (monomer) bagi protein (polymer).
  • Susunan asid amino dan rupa strukturnya yang berlainan akan menentukan fungsinya sama ada sebagai enzim, hormon, collagen (kulit) dan sebagainya.
  • Selain protein, lemak dan karbohidrat juga adalah polymer.

Monday, October 9, 2017

Apa itu Takaful ?


Apa itu Takaful ?




Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari kita mendengar perkataan takaful… samada dari tv, radio, media sosial atau dari individu-individu yang mewakili syarikat takaful masing-masing.

Ada di antara kita yang sudah faham tentang apa itu takaful, namun ada juga yang masih kurang pemahamannya.

Di sini Kak Nurul ingin mengambil sedikit kesempatan untuk menerangkan serba-sedikit tentang apa itu takaful… khas untuk anda yang berminat untuk mengetahui tentangnya.

Takaful adalah perkataan Arab yang bermaksud pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Bagi memudahkan pemahaman kita semua,

Kenapa Vitamin C Penting





Vitamin C selalu dikaitkan dengan kecantikan. Nak kulit cantik kena ambil vitamin C. Selain untuk kulit cantik ada lagi kebaikan Vitamin C yang perlu kita ketahui. Lets check out 😁
1) Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapatkan gigi dan gusi yang sihat.
2) Dapat melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
3) Dapat melindungi daripada jangkitan selesema, serta meningkatkan imuniti.
4) Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
5) Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress. 
6) Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala alergi.
7) Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
8) Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
9) Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
10) Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
11) Merawat jangkitan saluran kencing.
12) Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Kesimpulannya di sini selain dapat kulit yang cantik ia juga dapat memberi manafaat lain kepada tubuh badan kita. Jom amalkan Vitamin C untuk hidup yang lebih sihat. 



Persediaan Mengepam Susu di Tempat Kerja

Assalamualaikum, 

Pagi Isnin yang indah, semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian harini. Mesti ada harini ini ibu yang dah habis cuti bersalin. Rasa sekejap saja, dah kena masuk kerja. Perasaan nak tinggal anak kat pengasuh bercampur baur. Sedih, kesian, tak sampai hati. Macam tu la perasaan kaum ibu cuma tawakal sahaja kepada Allah semoga Allah sentiasa pelihara baby kita.

Untuk ibu yang bekerja dah siap ke semua persiapan untuk memerah di ofis 😊. Kawan kak nurul pernah kata agak costly kan nak beli barang-barrang untuk perah susu, simpan. Kak nurul kata kalau nak dibandingkan dengan kita nak kena beli susu formula sebulan-sebulan tu rasa lebih kurang sama kosnya. Cuma peralatan untuk mengepam ni kita akan beli sekali dan boleh tahan. Dibawah kak nurul senaraikan antara peralatan yang perlu ada terutama pada ibu muda yang first time nak mengepam selepas naik bekerja.

1) Pam Susu.
Kalau kita tengok di pasaran sekarang ada bermacam jenis pam susu. ada yang manual, guna bateri, guna plug dan ada yang free style. Itu terpulang kepada anda jenis pam yang macam mana nak beli. Kalau yang manual memang agak murah tapi rasa kurang praktikal sebab agak lambat dan tangan kita akan lenguh. Range harga pam susu adalah dari RM80 hingga RM2000. Dibawah adalah contoh pam susu yang kak nurul guna untuk anak ketiga. Pam ini dipinjamkan oleh kawan kak nurul dan pakai sehingga anak 2 tahun. Masuk anak keempat kak nurul beli sendiri. Pam ini jenama Spectra dan agak berat. Harga RM300. 



Thursday, October 5, 2017

Solat Dhuha Di Tempat Kerja,Tips Kelima Ramai Yang Terlepas Pandang



Mommy yang bekerja mesti dalam dilema untuk solat Dhuha time kerjakan😀
Kalau kerja sendiri lain cerita. Dhuha dulu di rumah baru keluar cari rezeki. Kalau kita cari rezeki yang ada punch card mesti tak agak susah (alasan sangatkan). 
Meh saya nak share sikit tips supaya dapat solat Dhuha di hari kerja :

1) Datang awal ditempat kerja supaya ada masa untuk solat sebelum punch card.
2) Kalau tak sempat di awal pagi ambil time minum pagi. Ambil masa 5 minit time minum untuk solat.
3) Gantikan balik time solat dengan waktu kerja. Jika guna 5 minit untuk solat, tambahkan 5 minit waktu kerja kita.
4) Peruntukan solat dengan kadar yang minimum. 2 rakaat sahaja. Jika nak buat lebih buat time cuti di rumah 😊
5) Minta kebenaran majikan jika ingin bersolat sunat di waktu kerja. Baru hati tenang dan tak lerlalu tergopoh gapah. Keberkatan pekerjaan adalah penting.

Semoga pekerjaan kita menjadi ibadah dan menjadi saham untuk kita ke syurga Allah.

Semoga bermanafaat

Wednesday, October 4, 2017

Tips Kekal Bertenaga Untuk Ibu Hamil Yang Bekerja



Assalamualaikum,

Dah lunch ke mommy, walau sesibuk mana pun kita jangan lupa makan tau. Mommy yang sihat akan lahirkan keluarga yang sihat betul tak 😊. Bagi mommy mengandung pemakanan memang kena jaga sebab makan untuk dua orangkan. Sekiranya Mommy keluar makan di luar elakkan daripada makan makanan segera kerana ia mengandungi banyak lemak dan rendah nutrien. Tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan sekali sekala.


Jom saya telah senaraikan beberapa tips untuk mommy yang boleh membuatkan mommy kekal bertenaga di tempat kerja walaupun sibuk dengan kerja. Check it out 

Tuesday, October 3, 2017

Vitamin E Shaklee


Apakah Kandungan Vitamin E Shaklee?



Vitamin E Shaklee telah diperbaharui dengan formulasi yang baru. Apa yang terkandung dalam Vita-E Shaklee?


  1. Minyak kacang soya
  2. Minyak biji gandum( yang kaya dengan Vitamin E)
  3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  4. Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik.
  5. Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat dan Kebaikan Vitamin E Shaklee


1. Melambatkan penuaan:
    Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya

Penghantaran Terus Ke Muka Pintu Anda

Assalamualaikum

Ada customer whatsapp saya tanya ada yang boleh COD area KL tak. Sebab saya dok KL. Saya kata kalau postage pun cepat jer dapat, order harini esok insya Allah barang dah sampai. Sebab kalau COD seller akan caj juga harga minyak tambahan dengan mungkin susah untuk cari masa dan tempat yang sesuai untuk berjumpa. Ada customer tak nak bayar postage sebab tu diorang prefer untuk COD. Ini contoh customer saya yang puji cepat dapat barang. Harini order esok sampai dan boleh makan. Jadi sesiapa nak order boleh jer hubungi saya.






Nurul Azfa Azizan

Pengedar Shaklee: ID 923812


FB: Nurul Azfa Azizan


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!

Thursday, September 28, 2017

TANTRUM



Anak saya yang keempat Nur Khaira Imani diberi nama. Sangat mudah nak jaga dari awal kelahiran. Anak yang lain saya lahirkan di Hospital Kerajaan tapi yang keempat ni nak jugak kan pengalaman bersalin di hospital swasta. Saya memilih untuk bersalin di Amanjaya Specialist Centre di Sungai Petani. Bersalin 12 Februari 2016 jam 9.45 pagi. Pengalaman baru yang seronok rasa macam kalau macam ni bersalin lagi 5 pun okey. Cuma saya dan 4 kali bersalin secara Czer maka tak nak ambil risiko untuk bersalin lebih dari empat. Saya bersyukur dengan rezeki yang telah Allah Taala berikan.

Sekarang Khaira dan berusia 1 tahun 7 bulan dan perangai dah macam lain. dah seminggu saya perhatikan bahawa dia akan marah, menangis, menjerit dan meronta apabila barang yang dia main kita rampas. Malam semalam lebih kurang 15 minit dia meraung lastly saya buka surah Yasin dan dia masih menangis walaupun mata sudah tertutup untuk tidur.

Terus saya teringat istilah "Tantrum" dan lihat balik memang semua perlakuan Khaira adalah disebut Tantrum.

Wednesday, September 27, 2017

SET BERPANTANG MODEN



Untuk anak ketiga saya mencuba set berpantang atau set bersalin Shaklee. Ia boleh dimakan terus selepas melahirkan walaupun anak Jaundis.

Antara vitamin yang dicadangkan untuk ibu bersalin

Produk Shaklee

 https://cl.accesstrade.co.id/0004bx001mn3