
Seorang jurugambar dari Romania yang bernama Mihaela Noroc telah meluangkan masa selama 4 tahun mengelilingi dunia bersama kamera beliau untuk merakamkan potret wanita-wanita yang ditemuinya dan mencatatkan kisah hidup mereka. Projek ini dikenali sebagai 'The Atlas of Beauty'.
Matlamat Mihaela adalah mempamerkan bahawa setiap wanita itu adalah seperti sebutir bintang yang bersinar, kerana kecantikan itu adalah pelbagai, dan bukan semata-mata seperti yang digambarkan di dalam media massa.
Bagi Mihaela, kecantikan yang sebenar seseorang wanita itu tidak terletak pada umur, warna kulit atau trend tertentu. Wanita yang cantik boleh dijumpai di Afrika atau Eropah, di kampung atau bandaraya, di dalam senyuman, di dalam pergerakan tubuh, di dalam kegigihan, di dalam kedutan kulit atau di dalam kisah hidup mereka. Kita boleh menemui kecantikan di dalam diri setiap insan yang penyayang.
Kini buku The Atlas of Beauty telah menjadi sebuah buku yang hebat di mana di dalamnya terkandung 500 potret dan kisah-kisah menarik tentang para wanita yang cantik. Pada saat wujudnya kebencian dan ketiadaan tolenransi, Mihaela ingin menyamoaikan mesej tentang cinta dan penerimaan. Mihaela berharap buku ini bakal berada di dalam rumah-rumah di seluruh dunia, meyakinkan lebih ramai orang bahawa kepelbagaian manusia itu adalah satu anugerah dan bukannya pencetus konflik dan kebencian. Kita semua mungkin berbeza tetapi pada masa yang sama kita juga adalah sebahagian daripada keluarga yang sama.

Ketika ditemui, Sona sedang merayakan Holi iaitu adalah salah perayaan masyarakat beragama Hindu di India, Nepal dan Bangladesh.