Saturday, February 2, 2013

Nur Alia Maisarah

Nur Alia Maisarah Bt Khairudin
Ini dia anak dara saya yang kedua. Nur Alia Maisarah namanya.
Si comel yang putih dan gebu ini telah dilahirkan pada tanggal 23.7.2008 di Hosp. Sultan Abdul Halim, Sg Petani.
Pada usia 5 tahun, pada tahun ini, Maisarah sudah bersedia untuk memasuki alam persekolahan. Beliau kini belajar di kelas Pra-Sekolah Excellent, SK Saujana Indah, kelas yang sama diduduki oleh kakak beliau pada tahun lepas dan dibimbing oleh guru yang sama iaitu Cikgu Khuzaimah. Pada sebelah petangnya pula dia dihantar ke tadika swasta.
Alhamdulillah, beliau dapat mengikuti sesi pembelajaran pagi dan petang beliau tanpa sebarang masalah.
Jika hendak dibandingkan dengan Alia kakak beliau, Sarah lebih manja sifatnya. Mungkin kerana beliau tidak mempunyai adik sehinggalah usia beliau mencecah 4 tahun.
Kehadiran baby baru dalam keluarga kami seolah-olah suatu mimpi ngeri bagi beliau. Beliau kelihatan sungguh cemburu dengan adiknya itu. Agaknya beliau bimbang ibu dan abah tidak akan memberi perhatian kepadanya lagi.
Namun setelah 3 bulan berlalu, beliau kini kembali ceria seperti sedia kala dan dapat menerima kehadiran adiknya itu dengan penuh kasih dan sayang.
Dan yang paling best, sampai sekarang beliau tidak membenarkan sesiapapun memanggil atau membahasakan dirinya dengan panggilan ‘kakak’ atau ‘kak ngah’... kerana dia mahu menjadi ‘adik’ sampai bila-bila. So sekarang ni, keluarga kami ada ‘kakak’ , ‘adik’ dan ‘baby’... :)

No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

 https://cl.accesstrade.co.id/0004bx001mn3