USM | We Lead |
Walaupun tidak menetap di asrama sepanjang kursus tersebut seperti rakan-rakan yang lain, namun sebahagian besar masaku sepanjang tempoh tersebut sememangnya dihabiskan di Kampus Induk, USM Pulau Pinang.
Maka banyaklah persediaan yang harus dilakukan bagi memastikan persekolahan Nur Alia Zahra dan Nur Alia Maisarah tidak terjejas. Keadaan memang agak rumit kerana suamiku juga merupakan pelajar PJJ USM dan sudah semestinya beliau juga wajib menghadiri kursus intensif tersebut.
Mujurlah Adibah Hani, adinda bongsuku yang cantik jelita sudi menawarkan diri untuk menjadi 'pengurus' kepada Alia Zahra dan Alia Maisarah. Selesailah masalah mereka berdua kerana sudah ada 'Acu' yang akan menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
Muhammad Zaim Zayyan ? Alamak ... satu lagi masalah !
Memang pengasuh (babysitter) beliau sudah di'booking' sejak beliau masih di dalam kandungan lagi ... tapi baby Zayyan minum susu badan. Ini bermakna, semasa dihantar ke rumah pengasuh, beliau harus dibekalkan dengan susu badan ( EBM - Expressed Breast Milk ) yang mencukupi. Maka bermulalah usahaku untuk menghasilkan dan menyimpan stok EBM sebanyak yang mungkin. Dengan penuh nekad dan keazaman yang tinggi maka proses mengepam susu terus dijalankan dan ...
Peti sejuk satu pintu jenama Toshiba itu telah dibeli 8 tahun yang lalu, iaitu semasa aku dan suami baru mendirikan rumahtangga. Saiznya yang kecil molek dan keadaan fizikalnya yang agak uzur memang tidak melayakkan ia untuk menggalas tanggungjawab menyimpan stok EBM ku ini. Lalu sebuah lagi peti sejuk yang lebih besar saiznya telah dijemput untuk menjadi ahli keluarga terbaru di rumah kami . Selesailah sudah masalah untuk menyimpan stok EBM ini.
Berbalik kepada kisah kursus intensif tadi, memang banyak sungguh cabaran yang harus kutempuhi. Jadual kuliah yang agak padat, assignment yang bertimbun serta beberapa exam yang harus diduduki ... Memang sungguh memenatkan. Oleh kerana kemudahan 'parking' juga agak terhad, aku telah memilih untuk ber'kawad' ke sana-sini .. ke dewan kuliah, ke dewan peperiksaan, ke cafe, ke pusat islam dll ...
Sebuah beg galas menemaniku ke serata ceruk kampus ...
Ramai yang tidak tahu, selain buku, di dalam beg itu jugalah aku membawa pam susu elektrik ... dan proses mengepam dijalankan bila aku merasa perlu untuk berbuat demikian dan sudah semestinya di lokasi yang strategik dan selesa.
Teringat kisah sedih di suatu hari di mana aku terlupa membawa ice gel untuk dimasukkan ke dalam cooler box. Apabila ingin membeli ais kiub di sebuah kafetaria, Mak Cik cafe tu membritahu bahawa beliau tidak dapat menjual ais kiub kerana bekalan kurang mencukupi ...
"Mak cik, saya nak beli jugak
untuk simpan susu badan saya.." kataku dengan wajah sedih.
Mak Cik tersebut kelihatan terkejut... serta terpancar sinar penuh simpati dari wajah beliau. Sejak hari itu beliau telah menjadi pembekal rasmi ais kiub untukku ..
Ermm, dah panjang lebar saya cerita
pasal intensif..
Minggu depan dah nak masuk kerja.. kerja-kerja mengepam harus ditingkatkan supaya sentiasa cukup stok untuk baby Zayyan apabila dihantar ke rumah pengasuh nanti..
Bagi ibu yang menyusukan bayi, minumlah sebanyak 3-4 liter sehari.. pengambilan supplement juga perlu untuk penghasilan susu yang banyak, dan berdoalah kepada Allah selalu untuk memberikan kesihatan kepada kita supaya dapat terus menyusukan bayi kita…
Minggu depan dah nak masuk kerja.. kerja-kerja mengepam harus ditingkatkan supaya sentiasa cukup stok untuk baby Zayyan apabila dihantar ke rumah pengasuh nanti..
Bagi ibu yang menyusukan bayi, minumlah sebanyak 3-4 liter sehari.. pengambilan supplement juga perlu untuk penghasilan susu yang banyak, dan berdoalah kepada Allah selalu untuk memberikan kesihatan kepada kita supaya dapat terus menyusukan bayi kita…
No comments:
Post a Comment