Friday, February 1, 2013

Nur Alia Zahra

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera, Salam Ukhuwah diucapkan kepada semua pembaca/tetamu/pelawat blog saya ini. Ini adalah entri pertama saya didalam blog yang cute ini ..err, cute ker ?
Oleh kerana ini adalah entri pertama, mari saya perkenalkan anak saya yang pertama.


Nur Alia Zahra Bt Khairudin
Ini dia cahayamata saya yang pertama. Nur Alia Zahra diberi nama, kulit kuning langsat, kerinting rambutnya. 
Dilahirkan pada tanggal 1 Jun 2006. Kini sudah berusia 7 tahun. Pelajar Tahun 1 Brilliant, SK Saujana Indah, Nibong Tebal.
Nur Alia Zahra juga telah menamatkan sesi pra-sekolahnya di sekolah SK Saujana Indah ini. 
Alhamdulillah, beliau telah mempamerkan kecemerlangan yang boleh dibanggakan semasa di peringkat pra-sekolah.
Beliau berjaya menjadi Johan dalam pertandingan bercerita kategori Bahasa Melayu pra-sekolah di peringkat Daerah Seberang Perai Selatan dan juga berjaya mengungguli tempat ke-3 di peringkat negeri Pulau Pinang. Selain itu beliau juga berbakat dalam seni tarian dan gerakan serta nyanyian kanak-kanak.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Khuzaimah dan 'Kak' Zana serta guru-guru yang lain yang telah banyak memberi bimbingan kepada beliau. Jasa anda tak akan saya lupakan. 
Semoga Nur Alia Zahra akan meneruskan kecemerlangan beliau ini. 
Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mendoakan agar anak-anak saya berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat ... Amin.
Ermm ... Ok lah ... nanti kita cerita pasal adik-adik Alia pulak ya ...
Jumpa lagi ...bye. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Produk Shaklee

 https://cl.accesstrade.co.id/0004bx001mn3