Stok susu untuk anakandaku Muhammad Zaim Zayyan |
Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana
bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan
susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama
selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh
tersebut. Makanan pelengkap
hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas.
Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan
dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :
- Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
- Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.
- Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
- Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
- Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut