Friday, November 22, 2013

I'm back

Assalamualaikum ...

Lama dah menyepi akibat kesibukan tugas harian dan kesibukan membesarkan anak-anak...
Diam tak diam dah setahun berlalu saya melahirkan anak lelaki Muhammad Zaim Zayyan..
dah boleh berjalan dah sekarang...Semoga menjadi anak yang baik...

Dah setahun jugak saya menyusukan Zaim dengan susu saya sendiri.. alhamdulillah satu kejayaan yg besar bagi saya kerana tidak pernah melalui pengalaman sebegini utk kakak-kakak Zaim..

Kepada yang nak tahu perkembangan produk Shaklee boleh ke fb : Entri Azfa
dan kawan-kawan yang nak cari tudung utk pakai kenduri blh pilih di fb : Butik Kak Nurul.


Banyak yang nak cerita ni tapi tunggu masa yang sesuai...


Zaim 4 hari
Zaim 40 hari

Zaim 64 hari
Zaim 1 tahun



Wednesday, February 27, 2013

Hebat Sangatkah Susu Ibu ?

Stok susu  untuk anakandaku Muhammad Zaim Zayyan

Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap
hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :
  • Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas  kelahiran bayi.
  • Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.
  • Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
  • Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
  • Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut

Friday, February 22, 2013

Besarkan Anak Dari Sebalik Tirai Besi ?

Salam ,
Baru-baru ini saya sempat melawat sebuah laman web yang memaparkan koleksi gambar yang mengisahkan tentang tahanan wanita yang melahirkan dan membesarkan anak mereka dalam penjara di Argentina.
Di sana, anak-anak ini dibenarkan tinggal bersama ibu mereka di dalam sel penjara sehingga anak itu berusia 4 tahun.
Sebenarnya bukan tahanan di Argentina sahaja yang dibenarkan membesarkan anak mereka di dalam penjara, di Malaysia juga ada (di negara lain saya tak pasti, namun saya yakin semua penjara ada kemudahan ini)
Saya difahamkan, undang-undang di Malaysia membenarkan bayi yang dilahirkan oleh tahanan wanita dijaga oleh ibu mereka sehingga berusia 3 tahun.
Hmm,
Lihatlah ... kasih dan sayang seorang ibu kepada anaknya tiada had atau batasan. 
Naluri keibuan adalah anugerah yang di kurniakan oleh Tuhan kepada setiap wanita, bermula sejak wujudnya insan yang bernama Hawa A.S.
Persoalan yang bermain difikiran saya sekarang, apakah naluri keibuan itu tidak dikurniakan kepada mereka yang tergamak membuang bayi mereka ke dalam longkang atau tong sampah ?









Sila klik di sini untuk ke laman web yang saya maksudkan tadi.

Tak tahu pulak apa tajuknya ...

Sekadar Hiasan | Kenangan di Stesen KTM Nibong Tebal

Salam.
Terimakasih kepada semua yang sudi ziarah blog saya ini. Terimakasih juga kepada rakan-rakan  blogger yang sudi 'blogwalking' ke blog saya ini .. Insyaallah, bila ada kesempatan nanti saya akan 'blogwalking' ke blog anda pula.

Sudah banyak hari rasanya saya tidak meng'update'kan blog saya ni . Bukan sibuk, cuma tak cukup masa ... :)
Seminggu dua ini saya sedang menyiapkan beberapa tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 
Di pejabat pula banyak juga hal-hal yang perlu diselesaikan ... maklumlah dah lama sangat saya bercuti. 

Anyway, alhamdulillah ... saya dapat membahagikan sebaiknya masa saya sebagai seorang isteri, ibu, pelajar, pekerja dan peniaga kecil-kecilan...
Semoga Allah mempermudahkan segalanya ... Amin

Oh ya ! Muhammad Zaim Zayyan dah mula meniarap. Semakin aktif beliau sekarang ! Nanti saya updatekan gambar terbaru beliau.

Wassalam 




Saturday, February 9, 2013

Seputih Susu Ibu

USM | We Lead
SalamTempoh Cuti Bersalin selama 3 bulan yang kuambil belum sampai ke penghujung.. namun saya perlu meninggalkan baby Zayyan untuk mengikuti kursus intensif selama 3 minggu. Kursus intensif ini diwajibkan untuk semua pelajar Pengajian Jarak Jauh ( PJJ ) USM sepertiku.

Walaupun tidak menetap di asrama sepanjang kursus tersebut seperti rakan-rakan yang lain, namun sebahagian besar masaku sepanjang tempoh tersebut sememangnya dihabiskan di Kampus Induk, USM Pulau Pinang.

Maka banyaklah persediaan yang harus dilakukan bagi memastikan persekolahan Nur Alia Zahra dan Nur Alia Maisarah tidak terjejas. Keadaan memang agak rumit kerana suamiku juga merupakan pelajar PJJ USM dan sudah semestinya beliau juga wajib menghadiri kursus intensif tersebut. 

Mujurlah Adibah Hani, adinda bongsuku yang cantik jelita sudi menawarkan diri untuk menjadi 'pengurus' kepada Alia Zahra dan Alia Maisarah. Selesailah masalah mereka berdua kerana sudah ada 'Acu' yang akan menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

Muhammad Zaim Zayyan ? Alamak ... satu lagi masalah !
Memang pengasuh (babysitter) beliau sudah di'booking' sejak beliau masih di dalam kandungan lagi ... tapi baby Zayyan minum susu badan. Ini bermakna, semasa dihantar ke rumah pengasuh, beliau harus dibekalkan dengan susu badan ( EBM - Expressed Breast Milk ) yang mencukupi. Maka bermulalah usahaku untuk menghasilkan dan menyimpan stok EBM sebanyak yang mungkin. Dengan penuh nekad dan keazaman yang tinggi maka proses mengepam susu terus dijalankan dan ...

Alamak ... Peti sejuk tak muat !

Saturday, February 2, 2013

Muhammad Zaim Zayyan


Muhammad Zaim Zayyan Bin Khairudin

It’s a boy !
Alhamdulillah... Setinggi kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dikurnia juga seorang bayi lelaki sebagai penambah seri rumahtangga kami.
Sungguh suspen .  
Entah berapa kali pemeriksaan ultrasound dijalankan, namun jantina bayi di dalam kandunganku tidak dapat dikenal pasti. Akhirnya kami pasrah, tidak kisahlah samada lelaki atau perempuan, kami akan terima anugerah dan amanah yang Allah kurniakan ini dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang.
Walau bagaimanapun, saya tidak jemu berdoa agar Tuhan tunaikan harapan saya dan suami agar dikurniakan dengan seorang bayi lelaki.
Pasrah ... tetapi masih berdoa dan berharap ... sehinggalah ke saat saya disorong ke Dewan Pembedahan.
Oh ya ... lupa nak saya nak cerita bahawa ketiga-tiga anak saya ni special sikit kerana semuanya keluar ‘ikut tingkap’. Saya tidak merasai pengalaman bersalin secara normal dan tidak kenal dengan kesakitan semasa proses ‘kontradiksi’ mahupun ‘labour pain’ seperti ibu-ibu yang lain. Walau bagaimanapun, saya redha kerana saya yakin semua yang berlaku adalah urusan Allah dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Nur Alia Zahra dan Nur Alia Maisarah dilahirkan melalui pembedahan Caesarean kerana kedudukan mereka yang songsang di dalam kandungan. Pembedahan Caesarean atau juga dikenali sebagai C-section dianggap sebagai pilihan terbaik untuk melahirkan bayi yang songsang ini.
Oleh kerana kandungan saya yang ketiga ini adalah normal, pada awalnya saya menyangka bahawa saya akan berpeluang untuk merasai pengalaman bersalin secara normal.

Nur Alia Maisarah

Nur Alia Maisarah Bt Khairudin
Ini dia anak dara saya yang kedua. Nur Alia Maisarah namanya.
Si comel yang putih dan gebu ini telah dilahirkan pada tanggal 23.7.2008 di Hosp. Sultan Abdul Halim, Sg Petani.
Pada usia 5 tahun, pada tahun ini, Maisarah sudah bersedia untuk memasuki alam persekolahan. Beliau kini belajar di kelas Pra-Sekolah Excellent, SK Saujana Indah, kelas yang sama diduduki oleh kakak beliau pada tahun lepas dan dibimbing oleh guru yang sama iaitu Cikgu Khuzaimah. Pada sebelah petangnya pula dia dihantar ke tadika swasta.
Alhamdulillah, beliau dapat mengikuti sesi pembelajaran pagi dan petang beliau tanpa sebarang masalah.
Jika hendak dibandingkan dengan Alia kakak beliau, Sarah lebih manja sifatnya. Mungkin kerana beliau tidak mempunyai adik sehinggalah usia beliau mencecah 4 tahun.

Friday, February 1, 2013

Nur Alia Zahra

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera, Salam Ukhuwah diucapkan kepada semua pembaca/tetamu/pelawat blog saya ini. Ini adalah entri pertama saya didalam blog yang cute ini ..err, cute ker ?
Oleh kerana ini adalah entri pertama, mari saya perkenalkan anak saya yang pertama.


Nur Alia Zahra Bt Khairudin
Ini dia cahayamata saya yang pertama. Nur Alia Zahra diberi nama, kulit kuning langsat, kerinting rambutnya. 
Dilahirkan pada tanggal 1 Jun 2006. Kini sudah berusia 7 tahun. Pelajar Tahun 1 Brilliant, SK Saujana Indah, Nibong Tebal.
Nur Alia Zahra juga telah menamatkan sesi pra-sekolahnya di sekolah SK Saujana Indah ini. 
Alhamdulillah, beliau telah mempamerkan kecemerlangan yang boleh dibanggakan semasa di peringkat pra-sekolah.
Beliau berjaya menjadi Johan dalam pertandingan bercerita kategori Bahasa Melayu pra-sekolah di peringkat Daerah Seberang Perai Selatan dan juga berjaya mengungguli tempat ke-3 di peringkat negeri Pulau Pinang. Selain itu beliau juga berbakat dalam seni tarian dan gerakan serta nyanyian kanak-kanak.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Khuzaimah dan 'Kak' Zana serta guru-guru yang lain yang telah banyak memberi bimbingan kepada beliau. Jasa anda tak akan saya lupakan. 
Semoga Nur Alia Zahra akan meneruskan kecemerlangan beliau ini. 
Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mendoakan agar anak-anak saya berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat ... Amin.
Ermm ... Ok lah ... nanti kita cerita pasal adik-adik Alia pulak ya ...
Jumpa lagi ...bye. Wassalam

Thursday, January 31, 2013

Penafian

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Produk Shaklee

 https://cl.accesstrade.co.id/0004bx001mn3