Assalamualaikum
Pagi ni Kak Nurul nak share resepi donut yang kak Nurul buat. Resepi ni memang mudah sebab tak payah uli tapi lembut sampai pagi. Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut. Terutamanya bagi yang first timer, kadang-kadang ada yang menyerap banyak minyak, mengecut selepas digoreng, dan mungkin problem yang paling selalu berlaku ialah donut menjadi keras selepas ianya sejuk.
Setelah percubaan demi percubaan, inilah resepi donut yang berjaya dihasilkan oleh Kak Nurul. Katanya, resepi ini menghasilkan teksturnya donut yang sangat lembut ‘seperti pipi baby yang bam bam’. Walaupun digoreng waktu petang, malamnya pun masih lembut dan boleh dimakan keesokan paginya.
Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allah bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi.
Jom kita tengok resepi ini selengkapnya.

RESEPI DONUT TANPA ULI, TAPI LEMBUT SAMPAI KE PAGI
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
CARA-CARA
Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah
Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.
Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering
Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.
Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah
Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.
Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Kak Nurul tutup dengan kain.
4. Tunggu 1 Jam
Biarkan adunan tadi selama 1 jam.
Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Donut
Terapkan comel-comel. Acuan Kak Nurul ntah hilang mana, jadi terpaksalah menggunakan jari-jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.
6. Gorengkan
Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?
7. Salut Gula
Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.
Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.
SELAMAT MENCUBA
OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan?
Cuba tau, jangan tak cuba!
Jom follow saya
Facebook : Nurul Azfa Azizan
Instagram : myvitamin.azfa
No comments:
Post a Comment